Bila kita travel ke luar negara, biasanya ramai yang akan pilih tempat yang senang nak cari makanan halal, tempat yang familiar, ramai traveller Malaysia pergi, atau tempat yang senang faham bahasanya supaya perjalanan korang jadi lancar tanpa susahkan korang untuk faham apa diorang cuba nak bagitau.
Tak kurang juga yang akan beli internet kat negara yang korang lawati tu supaya senang nak berkomunikasi dengan orang tempatan, itu pun kalau murah. Kalau korang pergi kat negara yang internet mahal macam negara-negara Soviet dengan purata RM600 per 10 Mb/s, biasanya korang akan guna internet hotel je kan?
Jadi korang yang travel secara bajet ni pergi pula tempat yang korang tak berapa familiar, dan berurusan dengan orang tempatan. Macam mana korang nak tanya? Guna isyarat tangan? Hati-hati, kalau salah guna isyarat sebab tak tahu faux pass sesebuah negara tu, korang ni memang cari nahas. Kat sini kitorang listkan pelbagai isyarat dan simbol yang korang tak patut guna kat sesebuah negara atau tempat yang korang lawati tu!
1. Tanda ibu jari (thumbs up) di Greece dan Timur Tengah ada maksud yang tak bagus
Maksud yang kita tahu: Selain Malaysia, thumbs up ni benda biasa yang digunakan di seluruh dunia. Dari pemahaman kita, maksud isyarat tangan ni adalah nak tunjuk ‘bagus’ atau ‘well done’ dekat orang yang berjaya buat sesuatu perkara. Oh, tak kurang juga yang tunjukkan isyarat ni bila adik-beradik korang kena pukul dengan penyapu sebab balik lambat, tak pergi mengaji, ataupun tak dengar cakap mak.
Maksud bagi negara lain: Tapi simbol ni membawa maksud lain bagi negara Greece dan negara-negara Timur Tengah. Bunyinya agak kurang sopan, tapi ia adalah simbol lucah yang bermaksud menggunakan ibu jari untuk meliwat orang yang ditujukan. Jadi, hati-hati kalau nak gunakan isyarat ni dengan kawan-kawan korang yang berasal dari negara-negara tu.
2. Simbol OK tak semestinya baik-baik saja di Brazil
Maksud yang kita tahu: Antara simbol yang paling popular di dunia selain daripada thumbs up ialah simbol OK, dengan ibu jari dan jari tunjuk bersatu, dan tiga lagi jari lain dinaikkan. Kita biasa buat simbol ni bila orang tanya, “Kau ok tak ni?”, walaupun dalam hati kau dah menangis.
Maksud bagi negara lain: Tapi rupa-rupanya, tak semua negara ada pemahaman yang sama. Di Jepun, maksud isyarat jari ni ialah ‘duit’. Manakala di Perancis pula bermaksud ‘kosong’ atau ‘takde nilai’. Di Turki dan Venezuela pula lagi bahaya sebab maksud isyarat ni menunjukkan kita kata orang tu homoseksual. Di Brazil pula, isyarat OK tu lebih kuranglah maknanya macam angkat jari tengah.
3. Simbol Peace atau V-sign tak melambangkan keamanan di Afrika Selatan
Maksud yang kita tahu: Simbol peace adalah simbol keamanan yang digunakan masa protes melawan Perang Vietnam oleh para penentang perang sejak tahun 1960-an lagi. Kemudiannya simbol ni dipopularkan oleh golongan hippies dan berkembang di seluruh Amerika. Tak lama lepas tu, ia diterima pakai di seluruh dunia dan simbol ni jadi popular terutamanya Korea dan Jepun masa ambik gambar.
Maksud bagi negara lain: Kat UK, Australia dan Afrika Selatan pula, isyarat ‘peace’ yang menggunakan bahagian belakang tangan pada orang lain pula melambangkan jari tengah. Jangan salah buat peace pulak ye!
4. Angguk dan geleng kepala bawa maksud sebaliknya di Bulgaria dan Greece
Maksud yang kita tahu: Angguk maksudnya nak, dan geleng maksudnya tak nak. Ni lah isyarat yang paling senang dan terawal kita belajar masa kecik. Tak belajar cakap lagi pun, mesti ajar angguk atau geleng supaya sekurang-kurangnya tahu apa yang budak nak.
Maksud bagi negara lain: Tapi di Greece dan Bulgaria, maksudnya berlawanan antara satu sama lain. Angguk maksudnya tak, dan geleng maksudnya nak. Jadi kalau korang melancong ke tempat ni, jangan keliru pula ye!
5. Silang jari di Vietnam tak boleh selamatkan korang dari malapetaka
Maksud yang kita tahu: Kalau kita tengok filem-filem Barat, korang mungkin pernah nampak sorang watak akan silangkan jari bila dia berharap sesuatu. Kalau korang tak tahu, maksud silang jari tu adalah syarat tangan yang biasa digunakan untuk mengharapkan nasib yang baik dan juga percubaan untuk memohon perlindungan Tuhan.
Maksud bagi negara lain: Korang jangan cari nahas pula dengan mempraktikkan benda yang korang tak pasti maksud dia. Sebab lain pula di Vietnam, bagi diorang simbol tu menyerupai alat kemaluan wanita
6. Simbol tiga jari dinaikkan di Thailand bukanlah penghargaan kepada seseorang
Maksud yang kita tahu: Korang yang biasa tengok Hunger Games, mesti faham maksud isyarat tangan ni. Isyarat ni digunakan Katniss lepas dia cuba selamatkan salah seorang peserta daripada daerah lain tapi peserta tu akhirnya mati. Simbol tu bermaksud terima kasih, dan juga penghargaan dan ucapan selamat tinggal kepada seseorang yang disayangi.
Maksud bagi negara lain: Tapi kalau korang dekat Thailand, jangan memandai-mandai pula buat isyarat tangan macam ni. Simbol ni digunakan oleh rakyat negara itu dan pihak pembangkang yang tak setuju dengan rampasan kuasa pada tahun 2006,yang menggulingkan Perdana Menteri Thailand pada masa tu, Thaksin Shinawatra. Simbol yang diambil daripada xfilem The Hunger Games ni kemudiannya diharamkan sampai sekarang.
7. Isyarat ‘rock’ ni boleh buatkan orang Itali dan Sepanyol belasah isteri diorang
Maksud yang kita tahu: Di Amerika Syarikat, simbol “the horn fingers” kebanyakannya digunakan oleh penyanyi dan peminat rock seluruh dunia sebagai sebuah persetujuan untuk “rock on”. Isyarat tangan ni asalnya daripada Universiti Texas di Austin.
Maksud bagi negara lain: Di Itali, Sepanyol, Portugal dan Colombia pulak, maksud bagi isyarat tangan tu menandakan yang isteri curang di belakang diorang. Jadi jangan la buat, tak pasal-pasal pulak bini diorang kena pukul sebab salah faham.
8. Makan dengan mulut terbuka dianggap sopan di China
Maksud yang kita tahu: Salah satu etika di meja makan ialah jangan bercakap masa mulut penuh dengan makanan. Kita diajar untuk menutup mulut dan habiskan makanan sebelum bercakap. Bukan sebab apa, nampak tak sopan dan takut makanan tersembur dekat orang lain.
Maksud bagi negara lain: Tapi, lain pula dengan negara China. Kat sana, takde istilah tak sopan kalau korang bercakap masa mulut penuh dengan makanan. Bukan tu je, sendawa dan kentut depan orang pun tak jadi masalah sebab bagi diorang benda tu normal. Disebabkan hal-hal macam ni la Menteri Perlancongan Jepun kemudiannya keluarkan panduan etika khasuntuk pelancong daripada China. Itu pun lepas diorang terima banyak sangat aduan daripada pemilik hotel kat negara matahari terbit tu pasal tingkah laku pelawat dari China.
Penting untuk kita fahami budaya luar
Setiap negara ada budaya dan pemahaman tersendiri yang dibawa sejak zaman dulu lagi. Malah dalam 169 negara yang ada di seluruh dunia, simbol dan isyarat yang wujud menjadikan setiap negara tu unik dan berlainan daripada yang lain. Contohnya lambang ‘peace’ atau ‘sign V’ untuk ‘victory’ yang bermaksud kejayaan wujud disebabkan kemenangan menentang peperangan di Vietnam.
Sebab ni lah, penting untuk kita faham budaya sesebuah negara tu untuk mengelakkan sebarang masalah. Malah sebagai perantau di tempat orang, kita tak boleh harapkan orang tempatan yang kena faham budaya kita, padahal kita yang masuk tempat diorang. Jadi, kita yang kena sesuaikan diri dan adaptasi budaya diorang selagi tak bercanggah dengan agama dan tatasusila masyarakat. Bak kata pepatah,
“Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak”- pepatah Melayu lamaatau“When in Rome, do as the Romans do”-pepatah Inggeris
Credit:soscili