Saturday, August 5, 2017

Unknown

KENDURIAN@Shah Alam...ramai kecewa kerana "Durian untuk 'kenduri' belum masak'

loading...

SHAH ALAM: Ribuan penggemar durian yang mengunjungi program 'Kendurian Makan Sampai Pengsan' di Dataran Kemerdekaan di sini, hampa apabila dimaklumkan raja buah yang dibawa penganjur belum masak sepenuhnya.

Walaupun ramai menunggu seawal jam 9.30 pagi, kira-kira 100 pengunjung saja berpeluang menikmati durian masak sepenuhnya daripada 15 tan yang disediakan.

Keadaan itu menyebabkan pengunjung tidak berpuas hati dengan penganjur.

Pekerja swasta, Mohd Azrimal Sharifudin, 32, dari Sungai Besi kecewa kerana keluar awal dari rumah untuk menikmati durian.

"Sebaik tiba, penganjur memaklumkan durian belum ada kerana mereka menerima bekalan buah belum masak.

"Ia sangat menghampakan kerana saya 'hantu durian'. Saya siap bawa air botol dan pisau untuk acara ini," katanya.

Pengurus bangunan dari Seksyen 11 di sini, Armi Farid, 41, dan keluarganya teruja menyertai festival itu selepas mengetahuinya melalui media sosial.

"Saya dapat maklumat menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa 'kendurian sampai pengsan', maka kami teruja untuk ke sini.

"Namun apabila tiba jam 10.15 pagi tadi, penganjur memaklumkan acara makan durian hari ini dibatalkan kerana pembekal menghantar durian belum masak.

"Penganjur mendakwa mereka ditipu oleh pembekal membabitkan kerugian hingga RM200,000.

"Apa oleh buat, kami pulang ke rumah nampaknya. Cuma saya kasihan tengok ramai pengunjung yang datang dari jauh ke acara ini," katanya.

Credit:bhonline


Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :