Mula-mula, beliau mengumumkan yang isterinya, Priscilla Chan sedang mengandungkan anak kedua mereka.
Kemudian, Mark menarik perhatian dengan bercuti 'bulan madu' yang sememangnya merupakan acara tahunan pasangan ini.
Selepas itu, Mark telah dijemput memberikan ucapan pembukaan semasa majlis konvokesyen University of Harvard. Sudah semestinya beliau ditemani isteri tercinta.
Nampak gayanya, Mark sememangnya seorang family man dan sentiasa bersama-sama dengan isteri ke mana sahaja beliau pergi. Mark tidak takut menjadi bahan ejekan kawan-kawan lelaki kerana "takutkan mem besar" atau "bini queen control".
Walaupun kedua-dua mereka merupakan pasangan selebriti terkenal, namun mereka tidak pernah menonjolkan kemesraan berpelukan atau bercumbu di khalayak ramai. Tapi umum sentiasa tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai suatu hubungan yang amat kuat dan istimewa.
Siapa Priscilla Chan?
Lima tahun yang lalu, Mark mengejutkan seluruh dunia apabila beliau mengumumkan yang beliau akan mendirikan rumahtangga. Jika kita perhatikan bakal isterinya ketika itu - Priscilla Chan, kelihatan macam biasa-biasa saja. Cuma berdarah kacukan China-Vietnam. Tak adalah hot dan seksi bagaikan supermodel ataupun kulit putih gebu, mata biru, bulu mata lentik atau berpipi merah jambu.
Jadi, siapa sebenarnya permaisuri yang telah berjaya menambat hati raja media sosial ini?
Kali pertama bertemu
Mark dan Priscilla telah berkenalan lama, sebelum Mark menjadi jutawan lagi dan semasa kedua-dua mereka masih sedang belajar di Harvard.
Bibit-bibit perkenalan adalah semasa menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh fraterniti Mark pada tahun 2003. Apa yang menarik, mereka terserempak semasa sedang beratur untuk ke tandas. Dari situlah mereka mula rapat dan bercinta.
Pada masa itu, Mark juga hanyalah seorang pelajar kolej yang biasa sahaja. Beliau merupakan seorang nerd yang selekeh yang banyak menghabiskan masa dengan pengekodan dan pemprograman. Malah, Mark tidak begitu disukai para pelajar wanita atas kesilapan membina laman web yang memaparkan gambar-gambar semua pelajar dengan tidak sengaja.
Walaupun begitu, Priscilla terjatuh cinta dengan amat mendalam kepada Mark. Begitu juga sebaliknya, Mark amat mengasihi Priscilla sehingga sanggup berusaha mempelajari bahasa Cina dalam masa yang singkat supaya boleh meluangkan masa bersama keluarga Priscilla.
Susah senang bersama
Pasangan ini banyak menghadapi susah dan senang bersama sejak awal percintaan. Cabaran paling besar adalah apabila Mark membuat keputusan untuk berhenti belajar dan meneruskan usaha membangunkan Facebook.
Cuba bayangkan jika anda berada di tempat Priscilla, mungkin anda sudah bergaduh besar ataupun lebih teruk lagi - mungkin anda tinggalkan saja Mark kan? Nampak macam tak ada masa depan. Tapi Priscilla tetap memilih untuk setia bersama Mark.
Malah, Priscilla merupakan salah seorang manusia terawal yang mendaftar akaun Facebook pada 5 Februari 2004.
Credit:iluminasi