Wednesday, July 12, 2017

Unknown

InsyaAllah!!!Amalan Pendinding Ini Mampu Menghindari Anda Dari Sihir Jika Diamalkan

loading...



Bismillah, amalan untuk pendinding diri sangat banyak kalau ditanya siapa siapa pun. Setiap ustaz kalau kita datang merawat, mesti minta kita amal beberapa ayat quran. Tapi kita amal yang simple dan sesuai keadaan kita sahaja.
Cumanya setiap amalan kalau nak amal pastikan dihadirkan keyakinan yang sangat kuat bahawa Allah akan bantu. Apa sahaja resultnya, itu urusan Allah. Sembuh ke sakit ke semua milik Allah, kita ikhtiar sahaja. Antaranya,
1. Baca ayat kursi 7 kali. Niatkan pagar diri kita, setiap satu bacaan adalah untuk pagar kanan, belakang, kiri, depan, bawah, atas dan lastly seolah oleh kita telan nak cover bahagian dalaman badan.
Baca setiap kali selepas solat. Baca sebanyak mungkin walau waktu apa pun agar ayat kursi tadi sebati dengan diri kita.
Kadang kadang ada situasi dimana kita dah tak boleh baca lafaz dimulut, tapi kerana hati sentiasa baca ayat kursi. Kita akan terlepas.
Ada sekali bila saya nak ditindih, mengantuk gila rasa tak boleh buka mata, lemah sangat badan. Saya dah tau dia nak datang, akhirnya saya nampak bulu putih tindih kita, hanya dengan bacaan ayat kursi dalam hati within seconds dia blah sebab panas tak boleh lama lama.
2. Jaga wudhuk. Perbanyakkan wudhuk, muka pun berseri cantik. Kita buat apa sahaja yang dia tak suka, follow sunnah, follow apa nabi suka. Dengan rela hati nanti dia tak dapat kacau kita.
3. Baca yasin at least sehari sekali. Pada ayat 'salamun qaulam' ayat ke 58 baca 99 kali, tak lebih tak kurang. Boleh kira pakai tasbih.
Pada ayat ini niatkan moga Allah bantu, patahkan sihir dan balikkan kepada yang berhak. Nak tau anda ada gangguan ke tak cubalah buat yang no 3 ni.
Kalau tetibe tak jumpa ayat ni, tertidur, sakit tekak, batuk, takde suara atau apa apa sahaja yang halang, ada baranglah tu.
Saya suggestkan ayat ni korang highlightkan sebab biasanya korang takkan dapat jumpa ayat ni bila nak baca nanti. Goodluck haha.
4. Baca hizib bahr, boleh rujuk video di bawah. Hizib ini khas untuk bantu kita menghadapi musuh, melawan sihir dan santau. Bahr bermaksud laut, maka rahsia dan kebaikannya adalah seluas lautan.
Seeloknya anda dapat ijazah dan izin guru atau mana mana ustaz nak amalkan hizib bahr. Supaya barokah mengalir di setiap amalan anda.
Tak susah pun baca ni, kalau dah biasa baca boleh habiskan dalam masa 5-7 minit.
Ada 3 part dalam hizib bahr yang boleh anda niatkan apa sahaja nak selamat dari musuh ke, patahkan sihir ke apa apa sahaja. Allah bantu InsyaAllah.
Lama lama anda dah biasa, kalau dia datang you all warning je, kalau kau tak blah aku hizibkan sampai kau terbakar. InsyaAllah dorang lari. Kalau tak lari juga, korang baca je Allah lindung insyaAllah.
5. Selalu pasang bukhur di rumah dan office. Ianya sunnah nabi yang sentiasa di amalkan para guru. Kalau anda sering ke majlis zikir, mesti anda biasa bau bukhur.
Syaitan dan jin paling benci dengan bukhur ni, bau oud gaharu. Dorang akan kepanasan. Video ada di bawah. Mereka benci kita amalkan sunnah Rasulullah, makanya makin banyak kita follow nabi, makin mereka tak boleh dekat dengan kita.
6. Sentiasa lazimi majlis zikir dan maulid. Duduk dekat dan rapat dengan masyaikh dan habaib. Mohon doa dari mereka supaya Allah pandang kita dengan pandangan rahmat.
Inilah ujian nak kita makin kenal Allah, jangan menyerah.
Majlis sebegini akan bawa kita kenal Rasulullah, dipayungi malaikat. Mereka tak boleh lama lama dengan kita InsyaAllah. Haritu sebulan saya ke Mesir untuk ambil masa duduk dekat dengan Syeikh saya.
7. Selawat ke atas nabi, kunci segala rahsia. Dengan pandangan Allah kepada nabi akan bantu rohani kita. Perbanyakkan selawat dengan Rasulullah, satu masa dah tiada siapa akan faham keadaan kita melainkan Allah dan Rasulullah.
Ketika inilah, kita akan mula kenal mereka. Orang lain dah tak boleh digest cerita kita, ceritakan dan share nangis bagitau Rasulullah. Share segalanya dengan Allah.
Allah faham walau tanpa kita cerita. Allah maha faham.
8. Carilah guru pembimbing rohani yang akan bimbing anda kenal Allah dan Rasulullah. Mereka orang yang takkan tinggalkan kita walau apa pun jadi. Minta nasihat dan pandangan mereka dalam semua hal.
Di bawah adalah gambar guru saya yang saya diterima dalam tarbiyahnya sejak umur 19 tahun.
Macam saya cakap. Saya bersyukur kena sihir macam ni dan saya tak marah, benci atau dendam dengan penghantarnya kerana inilah jalan yang Allah takdirkan kepada saya untuk saya jalani dalam perjalanan balik kepada Dia.
Allah sentiasa baik.
9. Baca dan hafal ayat 'lau anzalna'. Ayat 21 - 24 al hasyr ini adalah ayat pembatal sihir. Bacalah waktu perlu kalau dah datang depan mata. Kalau bau busuk atau pelik je boleh azan dan datangkan yakin Allah bantu. InsyaAllah larilah dorang nanti.
10. Baca al fatihah 3 kali. Hadiahkan bacaan al fatihah kepada Rasulullah, guru/syeikh anda dan semua muslim yang sejalan dengan anda setiap pagi dan malam sebelum tidur.
11. Banyakkan sedekah. Syeikh kami pesan, dengan sedekah akan terangkat murka Allah kepada kita. Makanya duit kita harus mengalir untuk manfaat ramai orang. Tugas kita nak bawa orang kenal Rasulullah dan Allah. Spend duit ke jalan ini dan minta doa semua orang, Allah bagi sembuh.
Cukuplah dengan ini. Amalan khuhus yang lain hanya boleh diberi oleh guru anda sendiri. Setiap orang ada penyakit dan memerlukan ubat yang berlainan. Ikhlaskan hati, minta dengan Allah agar Allah hadiahkan anda guru mursyid untuk mendidik rohani.
Kita tak pernah minta hidup begini tapi Allah berkehendak makanya kita terima sahaja. Sekalipun kita dah okay, sekali kita da termasuk dalam dunia mereka, kita dah tak boleh reverse keluar.
InsyaAllah dengan amalan pendinding diri, anda akan dapat hint bila yang baru on the way datang. Bolehlah anda prepare sikit kan.
Nak ke tak nak, walau kita dah okay, tetap kita akan terlibat juga dengan mereka walaupun dari rakan kita yang terkena sihir, saudara dll. Selamanya kita akan begini.
Apa sahaja pun, kekalkan jadi orang bermanfaat. Anda kuat kerana Allah. Baliklah kepada Tuhannya dan kembalilah hidup bertuhan. Sembuh atau tidak itu urusan Allah.
Tag rakan anda. Bantu saya share, moga moga dapat saham akhirat kepada kita dan tukang share atas setiap amalan yang diamalkan.

credit:Syarifah Furaiha

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :