Wednesday, July 26, 2017

Unknown

Demi untuk Menyelamatkan Nyawa Pengganas ISIS yang MACHO Sanggup Menjadi Wanita

loading...

Bekas pejuang ISIS cuba melarikan diri dari Mosul dengan cara menyamarkan diri.  Mereka telah berpakaian seperti wanita sepaya terlepas dari pengawasan dan ditangkap dari tentera Iraq. Isu ini timbul selepas tentera Iraq berjaya menangkap banyak ‘burqa-clad men’ yang cuba melarikan diri dari bandar Mosul.
Mosul adalah sebuah bandar besar di utara Iraq yang terletak sekitar 400km di utara ibu kota Baghdad.
Mosul telah diserang oleh ISIS pada bulan Jun 2014, membuatkan bandar itu jatuh ke pemerintahan Daesh.  Untuk mendapatkan kembali kawasan tersebut, pertempuran di antara tentera militan dan kerajaan Iraq bermula.
Pada 24 Januari 2017, Perdana Menteri Iraq mengisytiharkan kebebasan di sebelah timur Mosul dan melawat bandar itu pada bulan Julai 2017 bagi mengistiharkan Mosul telah bebas sepenuhnya dari militant ISIS secara rasmi.
Tentera Iraq kemudian telah berkongsi beberapa gambar pejuang ISIS yang cuba melarikan diri dari bandar dengan cara menyamar sebagai perempuan selepas mereka hilang kuasa di situ.

Di dalam satu gambar menunjukkan pejuang ISIS telah memakai solekan yang tebal dengan mamakai mascara, bedak asas, lipstik berwarna merah serta mencabut bulu kening.  Namun, pejuang ISIS itu terlupa untuk mencukur misai dan jambangnya yang tebal.

Selain itu, pada gambar yang lain pula, menunjukkan lelaki memakai gaun veil labuh yang mempunyai bra pad supaya kelihatan seperti perempuan.  Malangnya, pejuang ISIS itu juga terlupa untuk mencukur bulu dadanya, yang kelihatan dengan jelas di bahagian atas bajunya yang berwarna krim.
Ini bukanlah suatu perkara yang baru bagi pejuang negara Islam berpakaian seperti wanita untuk melarikan diri dari zon konflik.  Mereka telah menggunakan muslihat seperti ini sejak zaman dahulu.

credit : theepochtimes.com

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :