DI MEKAH ada tiga orang ulama yg berasal dari dunia Melayu yg menguasai banyak bidang disiplin ilmu. Ketiga-tiganya pula adalah merupakan yg paling ramai muridnya.
PERTAMA ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani rahimahullah (1272H/1856M – 1325H/1908M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 25 tahun, mulai 1300 H/1882 M hingga tahun 1325H/1908M.
KEDUA ialah Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minankabawi rahimahullah (1276H/1860M – 1334H/ 1916M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 29 tahun, mulai 1305H/1888M hingga tahun 1334H/1916M.
KETIGA ialah Syeikh Muhammad Mukhtar bin `Atharid al-Bughri al-Batawi al-Jawi rahimahullah. Lahir di Bogor, Jawa Barat, pada hari Khamis, 14 Syaaban 1278H/14 Februari 1862M, wafat di Mekah, petang Ahad, 17 Shafar 1349H/13 Julai 1930M.
Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 28 tahun, mulai 1321H/ 1903M hingga tahun 1349H/1930M.
Sungguh pun Tuan Mukhtar Bogor menguasai banyak bidang disiplin ilmu termasuk ilmu-ilmu hadis yg sering dibicarakan terutama oleh golongan tajdid, namun beliau tetap berpegang dengan Mazhab Syafie, pengikut setia Mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah aliran Imam Abul Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi.
Dalam tasawuf tetap berpegang kukuh dengan imam-imam kaum sufi yang muktabar seperti Imam Abul Qasim Juneid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali, dan lain-lain.
al-Faatihah.