Amy merupakan bekas pesakit Thyroid Cancer . Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah S.W.T selepas bertarung selama hampir 2 tahun. Sememangnya benar dan terus amalkan. Semoga bermanfaat buat sahabat handai yg melaluinya.
PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil.
.
Setiap kali lepas sembahyang baca
.
Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali
.
Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."
.
Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?
.
Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.
.
Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.
.
S U R A H A L - F I L
.
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]
.
Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala 'alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja'alahum ka asyfim makkul (5)
.
Maksudnya:
.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)
.
Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)
.
Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)
.
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)
.
Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)
.
-------------------------
.
Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser
.
1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.
.
2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
.
3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!
.
(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)
.
*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.
.
*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
.
*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.
.
***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
.
#PS: "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".
.
Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.
.
Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.
credit: petua bonda
Friday, August 4, 2017
Alhamdulillah!! disahkan sembuh cancer Selepas Mengamalkan surah ini
loading...
About Unknown -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.