Friday, August 4, 2017

Unknown

TRAGEDI SAYU!!!Haiwan Comel Ini Tidak BERDOSA....

loading...




Tragedi Sayu.....

Rakan sekolah saya share dalam grup wasap. Kucing kejiranan dijumpai mati tergantung di rumah jirannya. Kucing ini selalu bermain di tiang ini. Ia naik melalui pokok mangga di sebelah dan meniti di tiang ini. Tak dapat dipastikan kucing siapa tetapi kucing ini bertuan jika dilihat pada gelang di lehernya.

Punca kematian disyaki akibat tersangkut rantai leher itu di tiang. Ketika dijumpai terdapat 3 ekor lagi kucing sedang memerhati ke atas dengan agak lama. Menyebabkan tuan rumah menoleh ke atas dan terlihat kucing malang yang tergantung ini.

4 ekor kucing ini memang selalu bermain bersama dan kerap datang ke rumah ini kerana tuan rumah selalu menjamu mereka makan setiap hari.

Ketika dibawa turun juga 3 ekor kucing ini menjilat-jilat dan menguis badan rakan mereka yang sudah tidak bernyawa. Mungkin bertujuan untuk mengejutkan rakan mereka.

Ketika ini kucing malang ini telah selamat ditanam. Pic pun telah di share dalam grup wasap taman untuk tujuan mengenalpasti tuannya.

Nasihat saya jika nak pakaikan rantai leher di kucing pastikan ia diikat kemas. Rantai leher di kucing ini tidak diikat kemas, agak longgar. Menyebabkan ia tersangkut di tiang ini ketika mereka bermain di situ dan badannya jatuh ke bawah. Tidak dapat menyelamatkan dirinya.

Ketika hendak membawa turun kucing ini pun rantai leher ini terpaksa dipotong dahulu. Kejadian ini tiada unsur khianat. Sememangnya ianya adalah tragedi malang.

Credit:kelabpencintakucingmalaysia

p/s: kadang2 kelincahan mereka akan menyebabkan tragedi tak tersangka.....


Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :